1. Cleanser
Bersihkan muka setiap hari dan mestilah menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Pastikan anda kenal terlebih dahulu kulit anda adalah jenis kulit kering atau kulit berminyak atau kombinasi. Pemilihan cleanser juga haruslah pH seimbang dan elakkan pakai cleanser yang mempunyai active ingredient.

Cara cuci muka dengan betul
1. Buat circle motion dengan water cleanse
2. Tunggu 1-2 min sebelum bilas dengan air agar manfaat dari sabun tu menyerap dengan baik ke kulit kita
3. Selepas itu, barulah anda boleh bilas dengan air bersih 


2. Toner
Berfungsi menyeimbangkan pH kulit dan bertindak menanggalkan kotoran yang tidak dapat ditanggalkan oleh cleanser. Toner juga akan melembabkan muka kita terutama kering selepas mencuci muka. Gunakan Toner yang mengandungi AHA/BHA yang membantu mengurangkan minyak dan kulit mati pada wajah. Penggunaan toner juga boleh meratakan warna kulit ! haaa sesuailah untuk adik-adik di luar sana yang balik sekolah, buka tudung ada perbezaan warna kulit 😭😭😭😭😭😭😭😭



3. Sunblock
Guna sunblock setiap hari akan melindungi kulit kita daripada cahaya sinaran UV !

Apakah berbezaan antara Sunblock dengan Sunscreen?

Sunscreen adalah pelindung kulit kita daripada matahari yang diperbuat daripada bahan kimia dan bertindak menyerap sinar UVA (Ultraviolet Aging) serta menguraikan dalam bentuk haba.

Sunblock adalah pelindung daripada matahari yang diperbuat daripada bahan fizikal dan bertindak memantul sinar UVB (Ultraviolet Burning) daripada matahari.

Penggunaannya juga berbeza.

Sunscreen haruslah dipakai 20-30 min dahulu sebelum keluar rumah agar sunscreen tersebut dapat menyerap dan membentuk perlindungan pada kulit. Untuk aktiviti air pula disyorkan memakai sunscreen setiap 2 jam.

Manakala Sunblock sebaik sahaja disapu sudah boleh keluar rumah dan kurang digalakkan untuk memakai sunblock untuk aktiviti yang melibatkan air kerana ianya cepat luntur