Kuliah Online Bermula

 


12 Oktober adalah pendaftaran subjek. Kalini pendaftaran agak lancar berbanding semester-semester yang lalu. Adakah mungkin kerana ramai yang tidak dapat akses? jadi kesesakan ke laman web SMP tidak terlalu sesak atau SMP sudah dinaik taraf? ok laa setakat ni untuk pendaftaran subjek.

TAPI. Berebut subjek itu WAJIB ADA. Haa kena cepatlah.

Maka pada 13 Oktober bermulanya sesi pembelajaran dan pengajaran di atas talian untuk Universiti Malaysia Sabah. Hari selasa yang sibuk. sibuk bukan sebab apa. Bayangkan 7 subjek, 7 juga Whatsapp group. Belum termasuk group Whatsapp tutorial. Group whatsapp kumpulan assignment. Nasib kali ni tidak migrain 😆

Untuk kelancaran masuk kelas online pula tidak ada masalah sebab ada wifi. Kalau harapkan line celcom, digi dan seangkatan dengannya memang tidak termasuk la kelas online ni. Mungkin aku pun akan panjat pokok ehhh heheheh gurau2

Pengalaman korang macam mana? Sama-sama kita doakan semoga pandemik ini beransur pulih dan saya doakan kepada rakan-rakan yang lain dipermudahkan segala urusan dan jangan give up untuk lanjutkan pengajian sebab saya tahu di luar sana mesti ada yang susah nak akses internet terutama di kawasan pedalaman dan faktor ekonomi. Semoga urusan kamu dipermudahkan 💪

Post a Comment

11 Comments

  1. good luck for those who is taking online class

    ReplyDelete
  2. Kelas belum start lagi. Kelas saya minggu depan start. Subjek pulak ada lagi 2 belum daftar. Harapnya dipermudahkan lah nanti. Good luck in your new semester!

    ReplyDelete
  3. Moga baik2 saja dengan kelas online ni..mudah mudahan wabak virus ni terhapus dr muka bumi! Stay Safe Dila!

    ReplyDelete
  4. Zaman study telah berlalu dan masa tu tak ada kelas online. Mencabar juga kelas online ni kalau takde ada internet. Syukur lah settle register kan. Semoga dipermudahkan segala urusan study awak. Aaminn

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan study awak ya! Good luck on the new semester!!

    ReplyDelete
  6. Najihah baru dapat tawaran universiti alhamdulillah...belum daftar subjek lagi. Selemat berkenalan!

    ReplyDelete