3 Step Basic Penjagaan Kulit

 


1. Cleanser
Bersihkan muka setiap hari dan mestilah menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Pastikan anda kenal terlebih dahulu kulit anda adalah jenis kulit kering atau kulit berminyak atau kombinasi. Pemilihan cleanser juga haruslah pH seimbang dan elakkan pakai cleanser yang mempunyai active ingredient.

Cara cuci muka dengan betul
1. Buat circle motion dengan water cleanse
2. Tunggu 1-2 min sebelum bilas dengan air agar manfaat dari sabun tu menyerap dengan baik ke kulit kita
3. Selepas itu, barulah anda boleh bilas dengan air bersih 


2. Toner
Berfungsi menyeimbangkan pH kulit dan bertindak menanggalkan kotoran yang tidak dapat ditanggalkan oleh cleanser. Toner juga akan melembabkan muka kita terutama kering selepas mencuci muka. Gunakan Toner yang mengandungi AHA/BHA yang membantu mengurangkan minyak dan kulit mati pada wajah. Penggunaan toner juga boleh meratakan warna kulit ! haaa sesuailah untuk adik-adik di luar sana yang balik sekolah, buka tudung ada perbezaan warna kulit 😭😭😭😭😭😭😭😭



3. Sunblock
Guna sunblock setiap hari akan melindungi kulit kita daripada cahaya sinaran UV !

Apakah berbezaan antara Sunblock dengan Sunscreen?

Sunscreen adalah pelindung kulit kita daripada matahari yang diperbuat daripada bahan kimia dan bertindak menyerap sinar UVA (Ultraviolet Aging) serta menguraikan dalam bentuk haba.

Sunblock adalah pelindung daripada matahari yang diperbuat daripada bahan fizikal dan bertindak memantul sinar UVB (Ultraviolet Burning) daripada matahari.

Penggunaannya juga berbeza.

Sunscreen haruslah dipakai 20-30 min dahulu sebelum keluar rumah agar sunscreen tersebut dapat menyerap dan membentuk perlindungan pada kulit. Untuk aktiviti air pula disyorkan memakai sunscreen setiap 2 jam.

Manakala Sunblock sebaik sahaja disapu sudah boleh keluar rumah dan kurang digalakkan untuk memakai sunblock untuk aktiviti yang melibatkan air kerana ianya cepat luntur






Post a Comment

8 Comments

  1. tak pernah apply sunblock, sbb rasa mcm tak perlu... sbb pegi kerja gelap, balik kerja pun gelap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh saya pun apply kalau banyak buat aktiviti luar

      Delete
  2. I had to skip toner since my skin doesn't really like it. haha

    ReplyDelete
  3. Betul tu 3 steps ni pun dah OK lagi kena buat secara istiqomahlah baru ok

    ReplyDelete
  4. Hahahaa cute presentation entri ni ^_^
    nice sharing!

    ReplyDelete
  5. Sunblock ni cik tk penah pakai masa main kat buat aktiviti air. Ooo kena pakai tiap 2 jam rupanya..

    ReplyDelete
  6. yesss! Sunblock tersangatlah penting dalam penjagaan muka kita. Indoor pun kena pakai jugak. Nice sharing :)

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  7. Akak xde letak sunblock sebab kebanyakannya x sesuai.. penah sekali pakai sunblock, muka akak jadi lebih terbakar dan merah²..sejak tue x brani lagi nak pkai sunblock.. cara akak satu lagi, setiap seminggu sekali akak basuh muka dengan ais, sebab ianya boleh mengecilkan liang² roma yg menyebabkan blackhead dan whitehead..

    ReplyDelete