Bodohnya Aku Tidak Mengundi

 



26 September Sabah Memilih


Seperti biasa, anak muda ada yang mengikuti politik. Dan ada juga yang tidak pedulikan.

Aku adalah antara golongan yang tidak menghiraukan dan tidak mempunyai kesedaran untuk mengundi. Mana tidaknya, lambat mendaftar. Bahkan masih ramai anak muda di luar sana yang belum mendaftar.

26 September, aku bertugas di salah satu pusat pengundian. Saluran 1. Mulanya tidak mahu, sebab saluran ini ramai warga emas. Maka dengan fikiran yang cetek. Aku fikirkan saluran ini adalah saluran yang susah dihandle. Tambah lagi, bukan bertugas dengan kawan tapi dengan pakcik-pakcik.

Tapi aku SILAP!!

Saluran ini juga yang bagi aku kesedaran dan pada awal pagi tanpa tidak sedar membuat aku MENITISKAN AIR MATA!

Saluran 1 adalah saluran yang terdiri daripada golongan warga emas dan kurang upaya. 

Aku terdiam dan kagum dengan semangat yang ada pada mereka. Belum sempat kami masuk ke bilik saluran 1. Sudah berbaris warga emas ini untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. 

Bukan sahaja itu.

Sesudah membuat pangkah pada kertas undi, mereka melipat kertas tersebut dengan cermat, dan ada yang letak di dada lalu memasukkan kertas undian tersebut dengan penuh PENGHARAPAN. 

WAJAH BERKEDUT MEREKA, MATA MEREKA MEMBUAT HATI AKU BERCAMPUR EMOSI.

Aku tahu, mereka mengundi bukan sebab duit semata-mata. Tapi, boleh dilihat wajah yang mengharapkan dengan penuh pengharapan kepada wakil rakyat yang akan datang melaksanakan tugas mereka dengan sebaiknya. 

Aku tahu, mereka datang bukan lah untuk berharap kesenangan mereka pada masa kini sahaja. Tetapi untuk anak-anak mereka yang akan datang.

Boleh difikirkan dengan logik akal. Mereka sudah tua. Sudah tentu mereka ingin kesenangan kepada anak-anak mereka pada masa akan datang.

Yang lebih buat aku kagum adalah,

Hampir separuh golongan OKU yang mendaftar. DATANG MENGUNDI !

Dengan muka yang penuh pengharapan. 

Dan aku hanya berdoa, pemimpin dan wakil rakyat yang akan datang dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

Kepada anak muda di luar sana, jika masih belum mendaftar. Maka daftarlah. Dan ambil peluang untuk mengundi di masa akan datang.

Ya. Bergaduh tentang politik, kita masih seorang pelajar.
Kita masih berjual kuih.
Kita masih seorang sekuriti.
Kita masih seorang kuli.
KITA TIDAK AKAN MENJADI YB

Tapi dengan mengundi pada wakil rakyat yang betul. Kita mampu majukan kawasan kita. Kalau bukan kita merasa. Generasi yang akan datang!

Lihat pada warga emas yang semangat mengundi. Kesenangan bukan semata-mata untuk mereka. Tapi anak-anak mereka.

KENAPA TIDAK MUHASABAH DIRI? BAYANGKAN MEREKA ADALAH NENEK KITA. MEREKA KELUAR MENGUNDI UNTUK KEPENTINGAN KITA.

Tidak tahu tentang politik? SAMA LA BA KITA ITUU
Tapi, kita masih muda. Kita Masih boleh nilai. Yang mana kaca, yang mana permata.

Tidak tahu siapa yang mahu di undi?

Baca, fahami, dengar dan nilai manifesto calon. Bandingkan dan berbincang dengan keluarga. Yang mana terbaik.

Tidak perlu tanya yang mana bagus pada orang. kerana kalau kita jumpa penyokong si A. Maka hanya calon A sahaja yang bagus. Yang lain sebaliknya.

Jadi, nilai kesemua calon. Bukan kerana duitnya. Tetapi integriti yang ada pada calon tersebut.


BANGKIT ANAK MUDA.

Post a Comment

2 Comments

  1. Yaa setuju tuu. Nilai calon bukan sebab duit tpi sbb integriti 👍

    ReplyDelete
  2. baca ni pun macam nak menangis huhu apatah lagi bertugas kat sana kan. kai dah daftar mengundi tahun ni hehe

    ReplyDelete