MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendapatkan maklumat awal bagi mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Berikut merupakan langkah untuk membuat QR CODE menggunakan MySejahtera untuk semua jenis premis agar mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.
Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain.
1. Langkah pertama
Layari laman web rasmi MySejahtera
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
2. Sign Up MySejatera dan masukkan nombor telefon anda.
3. Masukkan nombor OTP yang telah dihantar ke nombor telefon anda sebentar tadi
4. Pada bahagian ini, sila lengkapkan dan isi berdasarkan maklumat syarikat anda
5. QR CODE anda sudah selesai
6. Untuk mendapatkan QR CODE syarikat anda, anda perlu masukkan emel pada paparan berikut
7. Check-In QR Code akan dihantar ke emel anda
Selesai !!
Selamat mencuba
#MySejahtera #StaySafe #Kitajagakita
2 Comments
thank you for sharing. sng org lain nak rujuk. dah followback sini tau ^^
ReplyDeleteHeheh thank you too
Delete