Tips Berjaya Mohon Tajaan

 


Tips berjaya mohon tajaan adalah dari pengalaman min sendiri tau. NO ORANG DALAM ! sebab keluarga min biasye2 saje.

 

1. Rajinkan diri bertanya senior

Ok. Ni penting sebab setiap tempat mempunyai prosedur dan format yang tersendiri. Tanya senior terutama yang mempunyai pengalaman dalam tajaan macam mana nak buat surat, nak jumpa siapa, siapa selalu bagi sponsor, apa yang tidak boleh buat semasa mohon tajaan, apa yang boleh dimohon dan sebagainya.

 

Sila Lihat Contoh Surat Tajaan

 

2. Bertanya guru/pensyarah/rakan

Bertanya kepada individu lain sangat penting. Terutama siapa yang selalu bagi sponsor, syarikat mana yang boleh terlibat. Dan ini sangat berguna terutama bagi mereka yang ada pengalaman. Tambah-tambah lagi, mereka akan beritahu kawasan/syarikat/individu/kedai yang di black list dari mohon tajaan

 

3. Alert dengan keadaan semasa

Maksudnya adalah kalau anda terlibat dengan sesebuah majlis yang ada cabutan bertuah, antara hadiah adalah dari tajaan. Maka, try mohon tajaan sama syarikat tersebut

 

4. Search Google

Taip sahaja “syarikat memberi tajaan” heheh

 

5. Senaraikan sasaran ingin ditaja

Jika anda ingin sasarkan tajaan dari segi kewangan, syarikat adalah sesuai. Jika barang keperluan, hamper dan sebagainya, maka sasaran permohonan adalah ke hypermarket dan sebagaimya begitu juga dengan sebaliknya.

 

6. Permohonan adalah disertakan dengan dokumen yang lengkap

Amat penting dan jangan sesekali tinggal dokumen seperti surat kelulusan program, proposal / kertas kerja, surat rasmi mohon tajaan dan surat kelulusan keizinan memohon tajaan luar.


Baca Dokumen yang perlu anda untuk permohonan tajaan


7. Teamwork

Kerjasama team amat penting. Dan atur team sebaiknya berdasarkan target. Bahagikan skop tugas masing-masing. Contoh, dua orang urus syarikat ni. Dua orang urus syarikat ni. Dan sebagainya. Maka nanti follow up senang. Tiada yang tercicir atau tak sempat nak follow up.

 

Baca juga 3 Kaedah permohonan tajaan



Semoga Bermanfaat





















 

Post a Comment

0 Comments