Contoh Surat Tajaan/Sumbangan

 

p/s : ini adalah contoh surat tajaan, anda boleh ikut atau sebaliknya sebab setiap uni/tempat ada format tersendiri. jika tidak ada, boleh ikut format ini.


Contoh 1:

PERMOHONAN BANNER BAGI PROGRAM BACK TO NATURE (HIKING) 2020

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

 

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Geografi FKSW akan mengadakan program Back To Nature (Hiking) pada ketetapan berikut:

  Masa : 03:00 petang sehingga 06:00 petang

Tarikh : 29 Mac 2020

Tempat : Bukit Janggut, Sepanggar

03. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan banner bagi kegunaan program yang dianjurkan. Oleh itu, kami amat berharap agar pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan kami.

04. Bersama-sama surat ini saya sertakan senarai lampiran dan surat kelulusan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saudari Nor Fadila di talian 012 - 3456789.

Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

 


Contoh 2:

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KEMASYARKATAN DI KAMPUNG MELATI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

 

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Kemasyarakatan FSSK akan mengadakan Program Kemasyaratan di Kampung Melati pada ketetapan berikut:

 Masa : 08:00 petang sehingga 06:00 petang

Tarikh : 29 Mac 2020

03. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak Dato/Datin/Tuan/Puan sekiranya dapat menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM1000.00 bagi menjayakan lagi program ini.

04.  Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat memberikan penajaan/sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai, cek, mahupun barangan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

05. Bersama-sama surat ini saya sertakan senarai lampiran, kertas kerja dan surat kelulusan untuk rujukan pihak Tuan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saudari Nor Fadila di talian 012 - 3456789 atau melalui emel dila123@gmail.com.

Perhatian dan budi baik pihak Tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.




Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih banyak-banyak perkongsiannya. Semoga Allah membalas segala kebaikan

    ReplyDelete