Kelebihan Menjadi Unit Tajaan



Kelebihan menjadi unit tajaan

 

1. Latih diri dalam komunikasi

Sangat penting untuk kita bila di alam pekerjaan dan di dunia luar. Jadi unit ni latih kita deal dengan orang luar.

 

2. Jumpa ramai orang/orang baru/banyak ragam

Jumpa orang luar latih diri kita untuk layan dan sesuaikan diri dengan orang. Macam alam pekerjaan, kita yang kena sesuaikan diri dengan orang/persekitaran/syarikat . Bukan syarikat yang kena sesuaikan diri dengan kita.

 

3. Latih diri kita berdikari

Jadi unit tajaan, dia kena usaha, usaha, cuba dan cuba lagi. Bila satu pihak ni tidak bagi respon, tak nak bagi, kita cuba lagi cara lain atau cari lagi pihak lain.

 

4. Berdisiplin dan mengikut prosedur

Bila jumpa orang ramai, orang luar, lebih-lebih lagi pihak/syarikat yang besar. Maka kita akan lebih berdisiplin membuat permohonan berdasarkan prosedur yang betul. Makin besar syarikat, maka makin kerja keras/rumit dalam ikut prosedurnya.

 

Dan biasanya penaja dari syarikat besar akan buat give and take. Maksudnya apa yang dorang akan dapat jika taja kita. Jadi kenalah deal baik-baik ye. ;)

 



 

Semoga bermanfaat

Post a Comment

0 Comments