p/s : ini adalah contoh surat tajaan, anda boleh ikut atau sebaliknya sebab setiap uni/tempat ada format tersendiri. jika tidak ada, boleh ikut format ini.
Contoh 1:
PERMOHONAN BANNER BAGI PROGRAM BACK TO NATURE (HIKING) 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Geografi FKSW akan mengadakan program Back To Nature (Hiking) pada ketetapan berikut:
Masa : 03:00 petang sehingga 06:00 petang
Tarikh : 29 Mac 2020
Tempat : Bukit Janggut, Sepanggar
03. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan banner bagi kegunaan program yang dianjurkan. Oleh itu, kami amat berharap agar pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan kami.
04. Bersama-sama surat ini saya sertakan senarai lampiran dan surat kelulusan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saudari Nor Fadila di talian 012 - 3456789.
Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Contoh 2:
PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KEMASYARKATAN DI KAMPUNG MELATI
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Exco Kemasyarakatan FSSK akan mengadakan Program Kemasyaratan di Kampung Melati pada ketetapan berikut:
Masa : 08:00 petang sehingga 06:00 petang
Tarikh : 29 Mac 2020
03. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak Dato/Datin/Tuan/Puan sekiranya dapat menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM1000.00 bagi menjayakan lagi program ini.
04. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat memberikan penajaan/sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai, cek, mahupun barangan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
05. Bersama-sama surat ini saya sertakan senarai lampiran, kertas kerja dan surat kelulusan untuk rujukan pihak Tuan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saudari Nor Fadila di talian 012 - 3456789 atau melalui emel dila123@gmail.com.
Perhatian dan budi baik pihak Tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
1 Comments
Terima kasih banyak-banyak perkongsiannya. Semoga Allah membalas segala kebaikan
ReplyDelete