THE N-WORD TANDA RASIS

The N-word atau “nigga” merupakan perkataan English yang sering kita dengar. Perkataan ini digunakan dalam lagu-lagu yang genre hip-hop. Namun, tahukah anda maksud di sebalik perkataan tersebut dan mengapa kita dinilai sebagai racist apabila menyebutnya?


Perkataan ini berasal daripada abad ke-18 yang diadaptasi daripada bahasa Sepanyol iaitu negro, yang berasal daripada kata sifat Latin iaitu yang bermaksud NIGER iaitu  HITAM . Dalam bahasa English, perkataan “nigger” adalah penghinaan etnik yang sering ditujukan kepada orang yang berkulit hitam. Terutamanya African Americans.

Penggunaan kata nigger atau nigga adalah suatu bentuk rasisme. Dan perkataan ini digunakan oleh orang-orang yang menganggap dirinya lebih tinggi daripada orang lain.

Menjelang pertengahan abad ke-20, khususnya di Amerika Syarikat. Penggunaan perkataan ini oleh orang lain selain orang kulit hitam adalah suatu penghinaan yang rasis.

Kerana istilah ini dianggap sangat menyinggung. Ia sering disebut oleh eufemisme sebagai “The N-Word”. Namun, ia tetap digunakan di kalangan orang Africa American sebagai suatu identitas tersendiri.

Penggunaan perkataan ini adalah tidak disarankan sama sekali kepada orang yang bukan berkulit hitam untuk diungkap sambil menyanyi atau rap kepada lagu hip-hop. Kerana ianya salah dan tanda rasis.


-I used the N-word here to educate not for racism.

-Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan dsb) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar.



Sumber:

FERRIS
Nor Hazirah Farhah Malik


Post a Comment

0 Comments