11 TANDA-TANDA PREGNANT DI AWAL TRIMESTER

Pernah tidak anda berasa lain daripada kebiasaan. Mood anda berubah, kerap muntah dan terasa sakit pada bahagian bawah perut dan sebagainya? Atau anda tidak mempunyai sebarang tanda yang jelas?

 

Bagi yang baru mendirikan rumah tangga. Sudah tentu anda tidak menyedari bahawa anda hamil. 

Justeru, terdapat 11 tanda yang boleh anda nilai bahawa anda sedang hamil.

 

1. Sakit Pada Bawah Perut

Hal ini kebiasaan bagi wanita yang kandungan diusia awal. Namun tidak akan disedari bagi wanita yang sering mengalami period pain.

 

2. Pola Tidur Yang Berubah

Bagi usia kehamilan yang masih beberapa minggu, anda akan berasa mengantuk yang luar daripada kebiasaan. Jika sebelum ini anda tidur 6-8 jam. Tetapi kini anda akan berasa mengantuk  dan tidur selama hampir 14-15 jam.

 

Namun, ada juga golongan yang mengalami kesukaran tidur.

 

3. Terdapat Tompokan Darah

Hal ini kerana telur melekat pada lapisan rahim.

 

4. Kerap Kencing

Hal ini akan berlaku pada usia kandungan lingkungan 6 minggu

 

5. Kuat Makan/Mengidam

Kuat makan dan mengidam merupakan perasaan sukar dikawal bagi para wanita terutama ketika ketidakstabilan hormon. Keinginan untuk makan sesuatu ini juga adalah di luar kebiasaan dan kadang kala ada yang menginginkan sesuatu makanan yang dulunya tidak disukainya.

 

6. Mual/Morning Sickness

Mual akan dialami terutamanya ketika waktu pagi. Namun demikian ianya juga akan berlarutan sepanjang hari.

 

7. Sakit Kepala/Migrain

Hal ini terjadi kerana perubahan pada hormon.

 

8. Perubahan Pada Payudara

Payudara akan berasa lebih lembut. Untuk terasa sakit pada payudara pula, ada segelintir yang mengalami, ada yang tidak mempunyai rasa sakit. Saiz Payudara anda juga akan sedikit membesar

 

9. Deria Bau Yang Kuat

Deria bau akan lebih kuat terutama pada masakan

 

10. Perubahan Mood yang berubah-ubah

Hal ini kerana perubahan pada hormon. Perasaan akan mudah tersentuh, sedih  marah dan sebagainya.

 

11. Cek UPT Positif

Jika anda menginginkan hasil UPT yang lebih tepat, waktu pagi selepas bangun daripada tidur. Hal ini kerana tahap hCG menjadi lebih pekat dalam air kencing semasa tidur pada waktu malam. Justeru, ianya akan lebih mudah dikesan pada air kencing pertama anda.


Perlu diingatkan, tanda kehamilan ini merupakan subjektif. Ianya adalah berbeza bagi setiap wanita yang mengandung. Namun demikian, kebanyakkan tanda ini merupakan tanda awal pada kehamilan.

 

 

Cr: Rasyidah Faizal

Post a Comment

0 Comments