Pada penghujung bulan mei 2020. Dunia telah digemparkan oleh sebuah kes kematian yang menjadi rusuhan, perbincangan, bualan dan iktibar buat orang ramai.
George Floyd berusia 46 tahun, telah meninggal dunia setelah ditangkap oleh polis di luar sebuah kedai di Minneapolis, Minnesota. Ianya bermula dengan laporan mengenai George Floyd dituduh membeli rokok menggunakan duit palsu.
George Floyd telah tinggal di Minneapolis selama beberapa tahun setelah berpindah ke sana dari Houston, Texas. Floyd baru-baru ini bekerja sebagai bouncer di bandar tetapi, disebabkan pandemik Covid-19, Floyd menganggur seperti jutaan orang di Amerika.
Berdasarkan video yang telah tular di media sosial. Video tersebut telah menunjukkan para petugas yang menahan Floyd telah melakukan siri tindakan yang melanggar dasar-dasar Jabatan Minneapolis dan menyebabkan Floyd tidak dapat bernafas sedangkan Floyd telah beberapa kali berkata “Tolong, saya tidak dapat bernafas”. Namun, para petugas tersebut tidak mengendahkannya.
Untuk melihat video penuh, Sila Klik- https://www.nytimes.com/2020/05/31/us/george-floyd-investigation.html
Selepas sehari kematian Mr. Floyd. Jabatan Polis telah memecat para petugas yang telah terlibat dalam kes kematian tersebut. Dan ini menyebabkan berlaku ketidakpuasan di hati orang ramai kerana mereka inginkan para petugas itu diadili.
Kes kematian George Floyd telah menimbulkan perasaan sedih di hati ramai pihak. Termasuklah Mantan Presiden George W Bush.
Mantan Presiden George W Bush mengatakan bahawa dia dan mantan Ibu Negara Laura Bush "merasa sedih dengan kes kematian lemas George Floyd dan terganggu oleh ketidakadilan dan ketakutan yang menggugat negara kita".
Sumber:
0 Comments