Siapa tidak mengenali AdiPutra atau nama sebenarnya Adi Putra bin Abdul Ghani yang pada suatu ketika dahulu pernah menggemparkan Negara Malaysia apabila pada usia yang masih 6 tahun sudah dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam bidang matematik.
Gambar diambil daripada page adiputra matematik (Facebook)
Adi percaya bahawa kepintarannya adalah kurniaan Allah SWT. Dan beliau pernah berkongsi mengenai amalan ibunya ketika beliau masih dalam kandungan. Amalan yang dilakukan oleh ibunya adalah membaca beberapa surah pilihan yang seharusnya diamalkan oleh mana-mana ibu terutama dalam mengimpikan keperibadian yang baik terhadap anak mereka. Tidak kira baik dari fizikal, mental dan juga akhlak.
Surah yang diamalkan oleh ibu Adi adalah;
1. Surah Yusuf
Surah yang terkenal dengan kisah Nabi Yusuf yang mempunyai ketampanan dan luar biasa. Surah ini dibaca agar memperoleh anak yang bukan sahaja cantik dari segi rupa paras dan fizikal tetapi juga akhlaknya.
2. Surah Luqman
Surah agar memperoleh anak yang bijak pandai
3. Surah Maryam
Surah agar memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang taat.
Selebihnya, kepada para ibu yang menginginkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Doa ibu adalah sumber kejayaan kepada anak-anak. Berdoalah walau dengan keadaan apa sekali pun, dan bertawakal kepada Allah SWT. Surah-surah di atas merupakan surah pilihan yang diamalkan oleh ibu Adiputra. Namun demikian, para ibu dan sesiapa sahaja pembaca blog ini disarankan agar turut mengamalkan serta membaca surah yang lainnya serta bertawakal kepada Allah SWT. Wallahu’alam.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
0 Comments